assalamualaikum
sesiapa yang menggemari long dress ni sila angkat tangan....korang suka pakai long dress, tapi tak reti nak gayakan? asyik style yang sama sahaja setiap minggu...
PERLUKAN TIPS UNTUK MENGGAYAKAN LONG DRESS?
sila baca di bawah
Gaya "Bohemian"
Gaya "Bohemian" dimaksudkan dengan gaya individual, romantik dan berjiwa bebas. Jika anda bertubuh genit, gayakan dress labuh bercorak kecil dengan pilihan warna yang gelap. Warna gelap mampu memberi ilusi tinggi dan langsing. Untuk melengkapkan gaya tersebut, pakailah sandal rata dan padankannya dengan gelang dan cermin mata.
Bergaya "Rock" dan kasual
Untuk mendapatkan gaya 'rock' atau kasual, padankan dress labuh anda dengan jaket kulit hitam. Jaket denim juga mampu menghasilkan gaya yang sama sekiranya dress labuh itu mengikut bentuk tubuh. Dress labuh berfabrik jersi sangat sesuai jika digayakan dengan jaket dan but.
Dress berbelah
Dress berbelah akan menonjolkan kaki anda yang seksi jika dipadankan dengan but rata di malam hari. Gaya ini boleh dikenakan sepanjang hari jika dikenakan dengan jaket kulit.
Gaya 'minimal'
Tiada cacat celanya jika anda tampil santai dalam mengenakan dress labuh. Namun, anda perlu pandai bereksperimen dengan warna, tekstur dan jenis dress tersebut. Tampil dengan gaya monokrom adalah salah satu cara untuk tampil santai tetapi tetap anggun dan bergaya.
Gaya sewaktu makan malam
Sama seperti 'minimal', makan malam anda seharusnya kelihatan ringkas namun menyerlah. Ia harus diserlahkan dengan pemakaian aksesori seperti anting-anting dan clutch yang sesuai. Gincu merah juga boleh menyerlahkan keseksian anda dalam temujanji makan malam anda.
Santai hujung minggu
Bersantai bersama rakan-rakan waktu petang di hujung minggu memang menggembirakan. Pilihan yang sesuai untuk keluar bersantai dengan rakan-rakan semestinya dress labuh. Dress jalur beserta sandal dan topi akan membuatkan anda kelihatan hebat sewaktu santai. Untuk kelihatan lebih kemas, ikat rambut anda dengan gaya ekor kuda.
SELAMAT BERFASHION...=)
No comments:
Post a Comment