Rita Rudaini dicerai melalui SMS | Cik Siti

Tuesday 6 August 2013

Rita Rudaini dicerai melalui SMS

assalamualaikum


5 Ogos – Selepas hampir dua tahun prosiding perceraian antara pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak dengan aktres Rita Rudaini dibicarakan, Aidil akhirnya dikatakan telah menceraikan Rita dengan talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari Ahad, petang semalam.
Khabarnya, Aidil, 26 mengambil keputusan menceraikan isterinya itu dengan talak satu kerana marah dengan kenyataan Rita yang bertajuk "Rita bengang skandal terbaru Aidil" menerusi ruangan Desas-Desus terbitan BiPOP semalam.
Aktres berusia 37 tahun ini yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri mengesahkan berita perceraian tersebut seperti dipetik daripada laporan Beirta Harian hari ini.
Jelas Rita, Aidil telah melafazkan talak beberapa jam sebelum berbuka puasa selepas berlaku pertikaman lidah menerusi SMS antara mereka berdua. 

klik SINI

p/s : mintak dijauhkan la keluarga aku dengan cerai berai ni.....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...