KEMALANGAN : anggota tentera dengan polis | Cik Siti

Monday 5 August 2013

KEMALANGAN : anggota tentera dengan polis

assalamualaikum..

SANDAKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera maut apabila motosikalnya berlanggar dengan kereta peronda polis di Batu 7, Jalan Kem Tentera dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahruruzi Sidin, 25, dari Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Kinabatangan di sini.
"Siasatan awal mendapati nahas itu berlaku kira-kira pukul 9.10 malam ketika kereta peronda berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Sungai Kayu ke Taman Airport untuk membuat rondaan cegah jenayah.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta peronda itu telah masuk ke simpang sebelah kanan lalu berlanggar dengan motosikal mangsa yang datang dari arah Taman Fajar.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan meninggal dunia ketika menjalani rawatan pada pukul 10 malam," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Rowell berkata saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Wan Hazizie ditalian 089-242222 sambungan 254.
-- BERNAMA

klik SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...