Assalamualaikum
Power Bank 2600mAh
price :-
RM60 including postage (normal price RM89 not include postage)
PM me if interested...serious buyer only...limited stock
or SMS 0195509742 (siti)
Saturday, 19 October 2013
Thursday, 17 October 2013
Apabila Duit lebih penting
Assalamualaikum
"Kalau di zaman Rasulullah , aku percaya sangat bahawa sahabat adalah segalanya .. Di zaman ini , jika mereka kata , kawan lebih penting dari duit maka kenyataan itu pasti membuatkan aku tersenyum ...
Duit dulu baru kawan ... mana ada orang nak kawan dengan org tak berduit .. risau nanti duit dia abis .. kan kan ? Segelintir saja yang nak berkawan dengan orang takde duit ni.. jenis ni pon tak besar bilangannya ..
Bila kita nak berkawan dengan sesorang tu pastinya kita akan bertanya latar belakangnya terlebih dahulu .. kalau dia sekadar kerja kerja taraf rendah , sudah pastinya dia hanyalah 'kawan' biasa .. nak ajak dia g shopping , tengok wayang , atau g ke majlis majlis besar maka 'dia' bukanlah kawan yang bakal diajak .. kan ?
Tak perlu nak dinafikan ... realiti dunia sekarang ... ada duit , ada kawan .. bak kata budak tadika , no money no talk .."

#copypaste dari Ben Ashaari
p/s : betul apa yang Abg Ben cakap....orang bila tak dak duit, kawan sendiri pun tak pandang aih...bila berduit, ha...(korang bagi la pendapat korang)...dan aku tak perlu ada kawan macam tu.... =)
p/s/s : Even your own shadow leaves you in the dark....
Monday, 14 October 2013
Latar Belakang Mek Mulong
Assalamualaikum...
Mek Mulung (atau Mek Mulong) ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia telah menjadi hiburan rakyat di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi.
Mek Mulung merupakan satu adunan kesenian yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Menurut satu laporan seorang pengamal kesenian Mek Mulung yang boleh dikatakan waris terakhir, terdapat himpunan sebanyak dua puluh cerita hikayat asal, namun sedikit sahaja yang dikatakan masih kekal.

Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Tempat ia mula-mula sekali diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Seterusnya ia berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.
Kononnya pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga miskin yang menjadikan bidang hiburan sebagai sumber hidup. Si ayah yang bernama Pak Mohor telah membuat sejenis alat muzik yang dipanggil geduk dan memalunya dengan gaya Menora. Si ibu pula membuat gendang dan memalunya menurut cara Mak Yong. Sementara itu, anak mereka yang bernama Mek Julung membuat sejenis alat muzik yang diberi nama semborong dan memalunya di sekeliling kampung.
Pada suatu hari, ketika dalam keghairahan memalu semborongnya, Mek Julung telah tiba di tengah-tengah hutan. Di situ beliau telah bertemu dengan seorang anak raja yang bernama Cahaya Bulan. Cahaya Bulan telah dibuang negeri lantaran hasutan seorang ahli nujum yang meramalkan bahawa Cahaya Bulan akan menimbulkan malapetaka di dalam negeri.
Cahaya Bulan tertarik hati dengan persembahan Mek Julung, lalu baginda dan para pengikutnya turut sama bermain dengan menambahkan lagi alat muzik yang sedia ada. Akhirnya kumpulan ini dinamakan Mek Mulung.
Subscribe to:
Posts (Atom)