Showing posts with label shopaholic. Show all posts
Showing posts with label shopaholic. Show all posts

Monday, 18 August 2014

AEON Alma, Bukit Mertajam

Assalamualaikum

Korang tau tak yang AEON Bandar Perda dah tutup?? Bagi yang tak tau tu, meh nak bagitau. YES, AEON Bandar Perda dah tutup dah. Dan diaorang berpindah ke Alma. Agak jauh sikit daripada tempat asal (maybe sebab aku tau satu jalan tu ja kot daripada Sungai Petani, Kedah)

The night before pergi sana, memang sibuk la kami sepupu-sepapat search kat Google maps (al maklumlah tak ada Papago). Ye la takut sesat. Nasib baik tak depends kat Google Maps 100%. Sebab salah kot. Thank God ada somebody upload direction untuk ke AEON Alma, Bukit Mertajam.

Based on this maps, memang aku tau la Jalan Kulim tu. Cumanya Jalan Rozhan tu aku tak tau. Aku pun search la kat Google Maps kembali untuk memastikan. Kang silap lorong, mau nya sampai Ipoh. Huhu. Nasib baik la masa duduk kat Kulim dulu ada explore sikit jalan-jalan belakang yang tak perlu guna highway untuk ke Bandar Perda.

Sebelum ke AEON, kita ke Jeruk Pak Ali dulu. Mak Ngah aku pesan beli jeruk. Nak buat acar kata anaknya.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, AEON Alma ni dekat dengan Tesco Alma.

AEON ni lagi besar daripada AEON Bandar Perda dulu. Ouh ya, AEON Bandar Perda dulu aku dengar tanah dia mendap. Itu masa aku matrikulasi la, diaorang dok cerita. Kiranya dah 4-5 tahun gak la cerita tu. Nasib baik la tak runtuh. Sempat pindah semuanya.




Makanan dekat food court dia boleh la tahan. Aku makan Koew Teow Tomyam. Memang terbaik la. Tak macam kat Jusco Queensbay. Nama ja Koew teow tomyam ayam. Ayamnya cuma 3-4 slices je. Itu pun yang kecik2 ja.

Penat jugak la drive dari Sunga Petani ke Alma ni. Dengan jammed nya. Aku rasa ada lagi satu jalan. Jalan tu rasanya tak ada la jammed sangat. Sebab kalau tak silap aku, jalan tu baru. Cumanya aku ni tak ingat sangat jalan lagi satu tu. Kang sesat, sampai ke malam la jawabnya baru sampai. Itupun kalau sampai. Huhuhu

Bila pulak Sungai Petani nak ada AEON ni? -_-"

Thursday, 15 November 2012

cik siti shopaholic

assalamualaikum....

ada sesapa tau apa itu shopaholic??? shopaholic ni bermaksud orang yang ketagih shopping....adakah anda termasuk dalam kalangan orang begitu????

ermmm...aku??? maybe tak la sampai macam tuu...tapi semalam memang sangat rambang mata.....
serious rambang mata....hehehe..

semalam pegi Queensbay Mall dekat Penang.....
first stop, aku and family singgah dekat Paddington House of Pancakes.....




sangat sedap!!!!.....hehehehe....tapi harga dia pun BOLEH TAHAN gak la...nasib baek puan emak belanja... ^^^


bila pusing2 lagi....terjumpa kedai Geb.....
baju yang dia jual semurah RM19.90.....wowww kannn......
dan masa itulah aku, puan emak, adik2 jadi rambang mata...semua nak dibelinya......

ce teka bila nak bayar tuu total semua berapa???
RM200++ kauuuuuu.....hahahhahaha....

tak pa la....bak kata puan emak.....setahun sekali ja nak shopping macam ni.....(ya ka mak?? bukan hari tuu raya  kita shopping macam nak gila jugak ka??? hahhahahha)

ni baju2 yang aku beli......

suka baju ni....sebab memang da lama kot nak cari baju kain selimut ni........terasa comel pulak pakai baju cam ni (gedik ja kau cik siti).....macam ala2 korea gituu...bweekkkK!!!! sila ignore this...harga dia RM39.....

yang ni baru RM19.90....memang cik siti suka pakai baju besar2....selesa sangat...ni nanti pakai ngan inner.....

tuu ja la kot nak promote.....sebab lepas beli baju ni, aku gi kedai Daiso...cari charcoal mask, dia kata abes stock...and stock akan mai bulan 12 nanti..huhuh...lepas tuu aku terus tak da mood nak shopping...huhuhuhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...