lihat gambar di atas....sorry la agak tak
clear...pakai handphone murah jer..tak macam korang....ada 2 bulatan kat gambar
atas tu kan....(kalau itu pun korang tak nampak, memang nak kena sekeh la
dengan aku)
bulatan pertama (kiri) seekor anjing....bulatan
kedua (kanan) rumah anjing yang tak nampak pun macam rumah.....rantai besi yang diikat 2 meter dari pagar dawai besi dengan anjing....kiranya memang tak sampai la anjing tu nak berteduh kat bawah bumbung rumah tuan dia....
korang maybe tak nampak ada rantai besi
yang diikat pada anjing tersebut...panjang rantai besi tersebut aku anggarkan 2
meter...agak2 korang, pada waktu tengah hari yang panas terik anjing ni nak
duduk di mana? panas sampaikan manusia pun terasa bahangnya walaupun duduk di
bawah bumbung....anjing ni hanya boleh pergi 2 meter sahaja...sebab dirantai
oleh tuannya.....kalau nak masuk dalam "rumah" anjing yang disediakan
or should i call it binaan kotak kayu buruk yang hanya ada satu papan lebarnya
10 sentimeter diletakkan di atasnya memang sama ja la macam tak payah
masuk...lepak je kat luar binaan tu, sunbathing =_="
memang tak muat la kot untuk tempat anjing
ni berteduh....kesian kot aku tengok...itu baru tempat berteduh...ni entah bagi
makan ke tidak aku pun tak tau la...kurus sangat anjing ni....
itu lah orang cakap, kalau tak reti nak
jaga, jangan dijaga....buat tambah dosa lagi ada la.....benda ni berlaku di
Kulim Techno City 1 (KTC1)...
pernah dengar tentang cerita SEORANG PELACUR MASUK SYURGA KERANA
MENOLONG SEEKOR ANJING...
aku harap sangat ada orang yang prihatin
pasal ni...walaupun ini hanya kisah seekor anjing yang diperlakukan sebegitu
rupa, tapi anjing pun makhluk Allah swt jugak....
No comments:
Post a Comment