untuk mommy2 yang preggy | Cik Siti

Friday, 3 January 2014

untuk mommy2 yang preggy

Assalamualaikum...

khas untuk mommy2 yang preggy...

1- korang kena buat buku merah (bukan passport ok....satgi ingat aku suh korang buat passport pulak...ala, buku antenatal check up tu) seawal yang mungkin....dan pergi buat scan seawal yang mungkin...jangan pulak dah 5 bulan mengandung baru pergi scan perut tu....sebab masa scan yang pertama, masa tu lah doktor akan bagi tarikh untuk delivery....and if korang scan masa dah lewat, tarikh untuk delivery dah tak berapa nak betul....so be careful about this

2- korang mungkin boleh dapat PIH (pregnancy induced hypertension) if korang ada high risk of hypertension.....contohnya kalau ibu bapa korang ada darah tinggi, kemungkinan besar korang pun akan dapat darah tinggi masa mengandung.....PIH ni sangat bahaya.....korang kena control elok2...takut nanti boleh jadi impending eclamsia (korang cari sendiri apa itu IE tu)

3- sama jugak macam PIH tu, korang pun boleh dapat gestational diabetes (kencing manis ketika mengandung) itupun kalau korang ada faktor2 yang high risk seperti genetic....tapi jangan bimbang, GDM (gestational diabetes) ni boleh hilang apabila korang dah melahirkan nanti....treatment dia, sama jugak macam dengan orang diabetes....kena cucuk insulin if tak boleh nak control gula dalam darah....

4- kepada korang2 yang teringin nak beranak secara C-sec, tolong la berhenti impian tu...sebab banyak complication kot nanti...kecuali la korang memang tak boleh beranak normal and doktor kata ada complication kalau beranak normal....paling maximum 3 kali sahaja boleh buat c-sec....and lepas daripada 3 kali tu, korang dinasihatkan supaya ikat...sebabnya rahim korang dah tak kuat macam dulu...kalau mengandung sekalipun, kemungkinan untuk gugur adalah tinggi...

5- kalau korang lahir secara normal, tolong sangat2 masa teran tu, jangan la angkat punggung korang...nanti boleh terkoyak sampai lubang punggung tau.....lagi sakit....aku cakap macam ni sebab dari pengalaman...bukan pengalaman aku beranak, tapi pengalaman tengok orang bersalin....ada yang angkat punggung masa nak teran, then terkoyak sampai lubang punggung....nurse da cakap dah kat dia....tapi degil sangat....itu lah jadinya...

6- sekarang ni, korang dah boleh bawa suami masuk sekali dalam labour room tuu...tak payah tunggu kat luar dah....tolong bagi support kat isteri awak tuu...ni aku bercakap kat hospital kerajaan...kalau hospital swasta, memang dari dulu diaorang bagi suami masuk....

ok, that's all yang aku nak share selepas apa yang aku belajar dari posting Obstetric and Gynaecology selama 2 bulan ni.....ermmm...rasa macam banyak lagi nak share, tapi nanti2 la aku share lagi....cukup2 lah dulu buat petang ni....

=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...