Monday, 3 November 2014

HomePickled : Jeruk Buah Pedas Asam Boi

Assalamualaikum



    

Sekarang tengah buat promosi HomePickled. Al maklumlah, dah nak cuti, ramai pakat nak buat majlis kenduri. So now, nak buat promosi, sapa cepat dia dapat DISKAUN. 50 orang yang terawal sahaja. SO BETTER NOW THAN NEVER kan. =) Packaging semua termasuk dengan harga. Korang boleh request mengikut tema warna majlis. Tak ada charge tambahan yang dikenakan untuk itu.

boleh SMS/whatsapp ke 0123014118 atau PM ja kat

HomePickled Facebook Page



Sunday, 2 November 2014

Ebook Tentang Foodstylist

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Setelah sekian lama (tak dak la lama sangat), baru problem resolved. Sebelum ni status ebook Food Stylist adalah "Need Action".

Tapi sekarang dah "Live On Google Play". 

Kenapa "Need Action"? Aku dah tanya sendiri dengan Support Centre Google. Diaorang cakap, masalah daripada pihak diaorang. So aku tak perlu buat apa-apa. Just tunggu ja. Dalam 2-3 hari jugak la tunggu pun. Then, settle. Dah bertukar status. Hee

Sekarang korang dah boleh search dah kat Google Play "Foodstylist Malaysian". Akan keluar satu-satunya buku. Iaitu buku yang kami buat.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai Google Play, disarankan pergi ke SINI untuk dapatkan ebook tersebut.



Korang nak jugak buat ebook korang sendiri? Semudah ABC 123. Sila tengok kat SINI

Or korang boleh terus approach Syahmi Ahmad

Tips : Cipta "Password" Yang Selamat

Assalamualaikum

Cipta password yang selamat. Bukannya aku nak kata password korang tak selamat. Sebab aku sendiri pun tak tau apa password korang. Hee. Tapi make sure yang korang buat password selamat.

Bagaimana?

1- Buat satu perkataan yang panjang.
Contoh : akuanakpakdolahcucukepadatokmatlahirkatalaska

Nerghhh...panjang berjela...memang agak susah kan nak tulis kalau setiap kali kena letak password. Bila dah lama tu, korang akan biasa la.
(bare in mind. Ini bukan password aku)


2- Campurkan nombor dan huruf dalam password korang.
Contoh : akuanakpakkd0lahcucuk3pad4t0kmatlah1rkatalaska

Confirm korang sendiri pun boleh lupa korang punya kata laluan tu. Tak tau kat mana nak letak huruf, kat mana nak letak nombor. Hahaha.


3- Elakkan tulis password yang macam ini "AbC123" "passw0rd"

Aku rasa, ramai ja yang dok buat macam tu. Termasuklah adik aku. Tapi bukan apa yang aku tulis tu la. Kiranya password dia senang sangat. Huhu



Buat perkataan yang korang senang ingat. Dan bukan senang untuk orang lain ingat. Hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...