Assalamualaikum....
artikel kat atas ni aku ambil daripada surat khabar Sinar Harian....
bagi yang malas nak besarkan mata baca artikel yang aku snap kat atas ni, biar aku cerita kat korang apa sebenarnya cerita yang ditulis oleh wartawan kat atas ni,....
ada sesapa sini pernah dengar or pernah pergi Pusat Rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah tak????
bagi sesapa yang tak pernah pergi, pusat rekreasi ni adalah tempat air terjun....boleh tahan best jugak la....pernah suatu ketika dulu ada 'outbreak' pasal leptospirosis (kencing tikus) kat sini....
nak dijadikan cerita, ada orang yang tak bertanggungjawab buat kutipan parking yang sepatutnya tak ada pun kutipan parking kat Lata Bayu ni....harga dari RM1 hingga RM2...memang la bagi sesetengah daripada kita RM1-RM2 tu tak banyak...tapi bayangkan la kalau 100 orang datang pada hari tu, tak ke RM100...kalau RM2 untuk satu kereta, dah RM200...perghh....senang2 je dapat duit....padahal diaorang ni bukan kemas pun tempat rekreasi ni....diaorang ni dengar kata tak tunggu kat pintu utama yang macam selalu orang buat, tapi mereka ni tolong orang cari parking dan kemudian akan meminta duit parking....
fuhh...nasib baik masa aku pergi dulu tak macam ni.....maybe sekarang dah ramai pengunjung kot...
p/s : so lepas ni, sesiapa yang nak pergi Lata Bayu, silalah berhati hati dengan diaorang ni...jangan bayar parking...kerana tiada kutipan duit parking pun kat situ....melainkan, ada tertulis dekat sign board yang pengunjung kena bayar parking =)
No comments:
Post a Comment