Friday, 10 October 2014

Khasiat Buah Naga

Assalamualaikum

Al kisah bermula bila aku pergi rumah makcik aku kat Bagan Lalang, Sepang. Kalau sesiapa yang pernah pergi sana, mesti ada perasan pokok naga. And, ada ramai yang jual buah naga kat tepi jalan tu. Like seriously, masa tu la aku first time makan buah naga. Bukannya selama ni mak aku tak pernah beli. Dia beli, tapi aku tak makan. Sebab bentuk dia pelik and banyak bijik.
gambar ihsan daripada Google

Tapi ntah hari tu kenapa ntah tekak teringin nak rasa. Start pada hari tu la aku jadi macam sedap pulak makan buah naga.


Kat bawah ni adalah antara khasiat buah naga

Sumber Vitamin C
Buah naga kaya akan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang dibutuhkan tubuh.

Sumber Vitamin B1 (tiamin)
Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat degnan cepat dan menghasilkan energi bagi tubuh.

Sumber Vitamin B3 (niacin)
Buah naga ampuh menurunkan kolesterol karena kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit terlihat halus dan bercahaya secara alami dari dalam.

Sumber Vitamin B12
Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

Kaya Serat
Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

Kaya Mineral
Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peran dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Kandungan Antioksidan
Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanker dan masalah kesehatan lainnya.

Kandungan Protein
Protein merupakan nutrisi penting yang dibutuhkan oleh tubuh untuk membentuk hormon, enzim, dan senyawa lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan mengonsumsi secara teratur buah ini.

Rendah lemak
Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak jenuhyang baik untuk kesehatan karena menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

Mengontrol gula darah
Bagi penderita diabetes tipe 2, buah ini paling baik dikonsumsi untuk mengontrol gula darahagar tetap seimbang.

Menurunkan tekanan darah
Konsumsi buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Berita bagus nih untuk mereka yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

Menetralkan racun
Racun dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesehatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dinetralkan dengan rajin mengonsumsi buah naga.

Kesehatan mata
Buah naga mengandung karoten yang membantu menjaga kesehatan mata dan memperbaiki penglihatan. Inilah kabar baik buat mereka yang tidak menyukai makan wortel.

Menurunkan berat badan
Sedang diet? Coba masukkan buah naga sebagai camilan sehari-hari. Selama beberapa bulan berikutnya, Anda akan melihat badan Anda terlihat ramping dan idel. Mengkonsumsi buah naga dianjurkan untuk menurunkan berat badan anda.

Mengobati asma
Batuk dan asma, beberapa gangguan pernapasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Ringankan gejalanya dengan rajin mengonsumsi buah naga.


sumber

Wednesday, 8 October 2014

Sikap Pemandu di Malaysia

Assalamualaikum

Maaf lah ye sebab aku asyik menghilang je sejak dua menjak ni. Bukan tak nak tulis, tapi disebabkan kekangan masa dan kekangan internet yang menyebabkan aku jarang sangat update entry. Huhu. How's your Aidil Adha? Aku beraya di Bagan Lalang, Sepang. Rumah mak cik aku. Dalam masa sebulan ni, dah 3 kali ulang alik pergi KL. Tapi lepas ni dah tak pergi dah. Mungkin la. Hoho.

Disebabkan aku travel a lot lately, aku dapat la idea nak update entry yang bertajuk " Sikap Pemandu di Malaysia"

(lukisan aku tak cantik. yang kotak-kotak warna warni tu untuk kereta, dan jalan raya korang boleh tau kot yang mana. Anak panah tu tunjuk arah diorang bergerak)

 Ok, gambar yang di atas ni menunjukkan pemandu yang kelam kabut. Macam la tempat yang nak di tuju tu ada kaki boleh lari. Sehinggakan mereka-mereka ini menggunakan laluan kecemasan. Like seriously, kalau betul-betul ada kecemasan kat depan sana, acana ambulance nak lalu. Then bila dah sampai kat tempat yang laluan kecemasan di tutup, mereka ni masuk pulak lane kat sebelah. Menyebabkan bertambah jammed la jalan tu. =_="


Gambar yang kedua ni pulak, pemandu yang makan angin. Boleh tengok kan, lane kiri tu tak la ada kereta banyak sangat. Tapi gagah dok buat kepala kereta api dekat lane kanan tu. Bagi yang sesapa bawak kereta yang tak berapa boleh nak speed tu, sila la ke lane kiri. Kalau nak memotong tu tak kisah la. Tapi bila dah kosong kat sebelah kiri tu, boleh la ke kiri. Aku bawa kereta Kelisa ja kot. So aku sedar la kereta aku tak boleh nak speed. Tekan minyak sambil berdiri pun belum tentu boleh potong ferrari. So better ke sebelah kiri. Makan angin kat lane kiri. Jangan dok makan angin kat lane kanan.


Kesimpulannya, kebanyakan pemandu kat Malaysia ni memang agak selfish. Tension aku, setiap kali bawa kereta, confirm la terkeluar ayat-ayat yang entah apa-apa.

Wednesday, 1 October 2014

Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum


Klik Banner ye kalau nak join.

Jumlah semua hadiah bernilai RM2540, dan aku antara berpuluh orang yang sponsor untuk GA ni.

Jangan lupa join ye. ^^

Good Luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...