Friday, 21 February 2014

Berperikemanusiaan la sikit

Assalamualaikum


lihat gambar di atas....sorry la agak tak clear...pakai handphone murah jer..tak macam korang....ada 2 bulatan kat gambar atas tu kan....(kalau itu pun korang tak nampak, memang nak kena sekeh la dengan aku)
bulatan pertama (kiri) seekor anjing....bulatan kedua (kanan) rumah anjing yang tak nampak pun macam rumah.....rantai besi yang diikat 2 meter dari pagar dawai besi dengan anjing....kiranya memang tak sampai la anjing tu nak berteduh kat bawah bumbung rumah tuan dia....

korang maybe tak nampak ada rantai besi yang diikat pada anjing tersebut...panjang rantai besi tersebut aku anggarkan 2 meter...agak2 korang, pada waktu tengah hari yang panas terik anjing ni nak duduk di mana? panas sampaikan manusia pun terasa bahangnya walaupun duduk di bawah bumbung....anjing ni hanya boleh pergi 2 meter sahaja...sebab dirantai oleh tuannya.....kalau nak masuk dalam "rumah" anjing yang disediakan or should i call it binaan kotak kayu buruk yang hanya ada satu papan lebarnya 10 sentimeter diletakkan di atasnya memang sama ja la macam tak payah masuk...lepak je kat luar binaan tu, sunbathing =_="

memang tak muat la kot untuk tempat anjing ni berteduh....kesian kot aku tengok...itu baru tempat berteduh...ni entah bagi makan ke tidak aku pun tak tau la...kurus sangat anjing ni....

itu lah orang cakap, kalau tak reti nak jaga, jangan dijaga....buat tambah dosa lagi ada la.....benda ni berlaku di Kulim Techno City 1 (KTC1)...

pernah dengar tentang cerita SEORANG PELACUR MASUK SYURGA KERANA MENOLONG SEEKOR ANJING...

nak tau pasal cerita tu? baca di SINI

aku harap sangat ada orang yang prihatin pasal ni...walaupun ini hanya kisah seekor anjing yang diperlakukan sebegitu rupa, tapi anjing pun makhluk Allah swt jugak....

Perempuan : Cara Solat dengan betul

Assalamualaikum

bagi kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik yang kat luar sana jom kita check balik cara solat kita...selalu dok nampak lelaki ja punya gambar cara solat kan...yang perempuan, diaorang tak tunjuk....kalau tunjuk pun, bawah telekung....

harap gambar di bawah ni membantu sediki sebanyak kalian di luar sana....


Salam Jumaat ^^

Saturday, 8 February 2014

DI MANA CHEF- CHEF MALAYSIA???

Assalamualaikum

 Now ..kebanyakkan fast food di seluruh malaysia termasuklah BLACKWOOD , The Manhattan Fish Market , Deep & dip , Secret recipe , Dunkin Donut , Big Apple , Papa rich, black canyon , ect...kebanyakkan ''chef'' diorg majoriti myammar and bangla...Where is Malaysian Chef??? can i know? n adakah diorang menggunakan parioriti yang BERSIH dan HALAL? MANA ASSC CHEF MALAYSIA (CAM) ?

MANA PERTUBUHAN JURUKULINARI MELAYU MALAYSIA (PJKMM) ,PERTUBUHAN PENGGUNA MALAYSIA??MANA LAGI YANG LAIN2 PERTUBUHAN? NI APA JADI NI?



ADA BETUL KA?????

Kira-kira 20,000 buah restoran dan entiti perniagaan yang berasaskan kekeluargaan mungkin akan ditutup ekoran keputusan kerajaan menaikkan bayaran levi pekerja asing daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun mulai 1 April lalu.

Kenaikan berganda levi berkenaan akan menaikkan kos operasi sesebuah restoran yang mungkin tidak dapat ditampung oleh pemiliknya dan peniaga lain.

Menurut Pengerusi Biro Aduan MCA, Wong Nai Chee, ketika ini pun perniagaan restoran-restoran itu merosot sehingga 30 peratus sejak enam bulan lalu.

"Kenaikan levi tidak akan menyelesaikan masalah pergantungan kepada pekerja asing sebab pekerja tempatan tidak mahu bekerja sebagai pelayan atau pencuci pinggan,'' katanya.

Kerajaan ketika pengumuman bajet mini bulan lalu menaikkan bayaran levi pekerja asing kepada RM3,600 setahun daripada RM1,600 mulai 1 April lalu yang dibayar oleh majikan.

Kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan pengambilan tenaga kerja asing ekoran kemelesetan ekonomi.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan pekerja asing dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jamarul Khan Kadir tidak menafikan akan berlaku penutupan restoran ekoran kenaikan kadar levi.

"Setiap majikan terpaksa membayar levi kira-kira RM13 sehari dan itu belum dikira kadar upah antara RM30 dan RM45 seorang. Ia akan menjejaskan bayaran untuk perkara lain seperti bil air, elektrik dan bayaran kepada para pembekal,'' katanya ketika dihubungi semalam.



SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...