Assalamualaikum
Kalau ada yang perasan 2 3 hari lepas, aku macam tak berapa nak update blog. Kalau update pun, gitu2 je. Sebab apa????
Sebab tunggu result exam tak keluar2. Kalau KPTM lain dah keluar dah hari Jumaat hari tu. KPTM Alor Setar ja lambat. Hari Ahad baru la nak keluar result. Malu-malu ke apa nak keluar ni. Dah la aku ni makan tak kenyang, tidoq tak lena. Mandi semestinya basah.
Aku cuti sem sebulan. Dalam masa sebulan tu, hampir 5 kali aku mimpi yang aku failed. Tapi bila terjaga tu, pikir-pikir balik, takkan la failed sedangkan aku punya carry mark dah buat aku lulus atas angin dah. Memang nightmare sungguh la.
Masa nak check result tu, pikir macam-macam kot. Pikir masa jawab exam haritu macam ntah apa-apa ja. Tak pernah aku buat soalan yang lecturer bagi aku dapat NET LOSS untuk sesebuah company, tetiba dalam exam, dapat jawapan NET LOSS pulak. Tapi ingat lagi lecturer tu cakap masa ajar topik ni. Tak mustahil kalau sesebuah company tu dapat NET LOSS. So, aku biarkan ja la jawapan tu. Lepas exam, tanya kawan-kawan aku, semua jawapan tak sama. Tapi tak dak sorang pun dapat NET LOSS. OK FINE. Aku dah tak mau target tinggi-tinggi dah subjek Akaun ni. Biarkan saja.
No comments:
Post a Comment