Thursday, 21 November 2013

SEGMEN FOOD TRAVEL MALAYSIA BY CHEF BELALANG


SALAM BAGI YANG INGIN MENDAPATKAN MENU RINGKAS DAN MUDAH ANDA BOLEH BERKUNJUNG DI BLOG BELIAU YANG BERNAMA www.cheritahidupbelalang.blogspot.com
JIKA ANDA INGIN BERTANYA KAN SOALAN TENTANG ILMU MASAKAN INSYAALLAH BELIAU BOLEH MENOLONG

Wednesday, 20 November 2013

Kedah ambil balik Pulau Pinang

Assalamualaikum....

Ura-ura mengatakan bahawa Kedah akan mengambil semula Pulau Pinang setelah sekian lama adalah benar...


ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.



Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.


SUMBER

Sunday, 10 November 2013

Gambar dan Video sekitar Majlis Akad Nikah Fizo Omar

Assalamualaikum

Semalam telah berlangsung majlis pertunangan Fizo Omar bersama pasangannya Mawar...Gambar di sekitar majlis pertunangan boleh di lihat di SINI

Pagi ini telah berlangsung majlis akad nikah Fizo Omar...di bawah adalah sebahagian daripada gambar ketika majlis itu berlangsung










Saturday, 9 November 2013

GAMBAR : Fizo Omar dan Mawar dah bertunang

Perkenalan singkat merpati dua sejoli ini telah membawa kepada majlis pertunangan mereka awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.


Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.
Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.






Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.
Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.
Tidak pernah menyangka gadis manis yang menghiasi “billboard” Fareeda akhirnya menjadi miliknya. Personaliti Mawar, keluhuran budi juga semangat saingnya dalam dunia perniagaan memikat hati Fizo. Inilah pakej wanita dambaan yang dicari selama ini. Walau hanya melalui perkenalan yang singkat, Fizo yakin memilih Mawar sebagai suri pelengkap kehidupannya dunia akhirat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...